Sunday, April 18, 2010

Kisah professor dengan si pengayuh sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”




Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Friday, April 9, 2010

Kisah penjual telur dengan pelanggannya…


Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.

Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”
“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur. Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”
“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur tu jual.

 Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi.
Memang benar, sesuatu perkara itu kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaannya bukan kerana jauhnya ia, tetapi kerana terlalu dekatnya ia dengan kita. Justeru, kita sewajarnya sentiasa menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita.

Sunday, April 4, 2010

Renungan Buat Mu...??

Pada suatu masa yang ditetapkan,
kita pasti dirisik,
pertunangan sejak azali,
di hujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan MAUT.....


Hantarannya ialah SAKIT dan nazak
tamu bertandang meghadiahkan tangisan.
pengantin dimandikan,
dipakaikan baju putih...
wangian gaharu cendana jadi pelamin,
pengantin bersanding bersendirian dan diarak keliling kampung.


Berkompangkan azan dan kalimah kudus,
akad nikahnya bacaan talkin,
berwalikan liang lahad dan bersaksikan nisan.
Siraman mawar keluarga terdekat.
Malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah dan menuntut janji pernikahan.


Renungkanlah....